BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Powered By Blogger

Sabtu, 2 Januari 2010

WANITA NI NAK BUAT APE???



Seorang wanita berumur 20 tahun bercangkung di hujung tempat penghadang sampah yang lebarnya kira-kira 20 sentimeter di luar tingkat hotel selepas tersekat dalam cubaan melarikan diri selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu hotel penginapanya dalam Operasi Insaf 2010 semalam. Seramai 58 orang dicekup dalam operasi berkenaan bermula pukul 6 hingga 9 pagi itu. Operasi yang membabitkan 30 pegawai dan anggota JAIP bersama 60 ahli sukarelawan Briged Cegah Mungkar menumpukan pada kesalahan bersekedudukan di 20 buah hotel bajet dan rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Jang, Jalan Besar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Stadium. --foto THE STAR

Jumaat, 1 Januari 2010

BILA USTAZAH DITANGKAP KHALWAT...

Hati siapa yang tidak sedih bila membaca kisah seorang yang bergelar ustazah ditangkap khalwat bersama pasangannya oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah hari Sabtu yang lalu.

Metro Online melaporkan;

Ustazah terbabit yang dipercayai berumur lingkungan 40-an ditahan bersama pasangannya yang juga warga pendidik hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan ketika serbuan dilakukan pasangannya terbabit yang berkurung berdua-dua di dalam unit kondominium beralamat Kondo Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada jam 3 pagi terbabit sekaligus menimbulkan syak wasangka.

Malah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan bahawa mereka adalah suami isteri atau pasangan muhrim ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai terbabit.

Lebih mengejutkan lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an, adalah seorang Ketua Jabatan di sebuah institusi latihan terkenal.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya harap berita ini tidak akan membuatkan kita semua berprasangka buruk terhadap mereka-mereka yang bergelar 'ustazah'. Sebagai umatNya, kita tidak dapat lari dari melakukan salah dan dosa biar apa pun status yang kita pegang di dunia ini.

Jika dulu kita membaca kisah seorang ustazah disesatkan oleh Ayah Pin, hari ini kisah yang melibatkan nama 'ustazah' muncul kembali.

Apapun, marilah kita semua membentengi diri kita daripada godaan nafsu dan syaitan dengan iman dan taqwa. Mudah-mudahan, kita semua akan mendapat perlindungan daripadaNya.

Read more: http://nuraflah.blogspot.com/2008/07/bila-ustazah-ditangkap-khalwat.html?showComment=1220188980000#c9146563259441438128#ixzz0bLZCZcVB

BUKA TUDUNG KERANA NIAT NAK CARI REZEKI???

AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.

Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.

“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.

“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.

“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.

Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Bercerita tentang lakonannya dalam drama Mayang Mengurai, Anne memegang watak sebagai Mayang Indra, adik kepada Mayang Mengurai yang mempunyai kuasa untuk memukau orang.

“Saya terpaksa mengunakan bulu mata palsu yang tebal di bahagian atas dan bawah. Sebelum ini saya jarang mengunakan bulu mata palsu ketika berlakon.

“Untuk bawa watak Mayang Indra, saya perlu membaca buku-buku dongeng puteri seperti Cinderella dan Rapunzel,” kata Anne.

Mayang Mengurai merupakan adaptasi cerita dongeng Rapunzel yang akan ke udara pada jam 4.30 petang mulai Isnin (12 Januari) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3.

Antara barisan pelakon drama bersiri itu adalah Tania Hudson (Mayang Mengurai), Zarina AF (Mayang Merdu), Ammar (Khalif), Kamal Adli (Shahrul), Sabrina Ali (Kornilam) dan ramai lagi.

Anne mengakui dia tidak mahu pengambaran yang dilakukan di luar Kuala Lumpur kerana enggan berjauhan dengan anak-anaknya.

“Setiap tawaran saya akan pastikan tidak ada pengambaran yang jauh-jauh dari Kuala Lumpur, untuk cerita ini ada babak yang dibuat di Perak, jadi saya terpaksa ulang alik setiap hari dari rumah ke sana,” kata Anne yang juga tidak mahu memegang watak utama kerana komitmen yang tinggi.

“Saya lebih gemar membawa watak pembantu berbanding watak utama, ini kerana saya tidak mahu komitmen, saya lebih senang dengan watak pembantu,” kata Anne mengakhiri perbualan.

Sabtu, 26 Disember 2009

“Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan
kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar
senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak
pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa tidak
kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak
menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu membuai
anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu sebagai mentua telus
hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara.

Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah”

Khamis, 24 Disember 2009

KEINDAHAN

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada Setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat." Surah Ibrahim: 24-25

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar...


KEBENARAN dalam melaporkan berita dan menyebarkan maklumat adalah lebih utama dari semata-mata KEUNTUNGAN. Intergriti sangat penting. Namun, amat malang sekiranya UNTUNG lebih penting dari BENAR, FITNAH lebih enak dari FAKTA, DUIT lebih utama dari MARUAH, KUASA lebih penting dari segala-galanya…

Rabu, 23 Disember 2009

SURAH AN-NAHL:16:97

SESUNGGHUHNYA ALLAH TELAH BERFIRMAN;
SESIAPA YANG BERAMAL SOLEH,DARI LELEKI ATAU PEREMPUAN SEDANG DIA BERIMAN MAKA SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MENGHIDUPKAN DIA DENGAN KEHIDUPAN YANG BAIK DAN SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MEMBALAS MEREKA ,DENGAN MEMBERIKAN PAHALA YANG LEBIH DARI APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN

SEBAGAI PEREMPUAN...

Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya... Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-